• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Rintis Langkawi Penanda Aras Buka Sempadan Negara

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan akan menjadikan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi sebagai penanda aras impak pandemik dan industri sebelum membuka sempadan negara kepada pelancong luar.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian perlu menilai prestasi program rintis di Pulau Langkawi dan mengambil pendekatan berhati-hati disebabkan masih banyak negara berdepan dengan gelombang keempat COVID-19 apabila sempadan dibuka.

“Kita tidak mahu menjadi seperti negara lain apabila penularan COVID-19 meningkat ketika kita baru hendak mengurangkan kes.

“Sebelum ini, kita hendak buka kepada negara lain, namun mereka pun berhati-hati dalam situasi penularan kes COVID-19 yang melanda seantaro dunia dan ada negara lain membuka sektor pelancongan, terpaksa ditutup semula.

“Buat masa ini, Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong dari negara tertentu dan sebagai langkah pencegahan, mungkin kita perlu mengehadkan kemasukan pelancong asing bagi mencegah penularan wabak COVID-19,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya di Pengkalan Datu, di sini, hari ini.

Bermula 16 September lalu, Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong domestik dan pada pertengahan November ini, Pulau Langkawi akan dibuka kepada pelancong dari semua negara.

Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 sebelum ini bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, projek rintis itu akan dijalankan selama tiga bulan bagi Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau peranginan serta kawasan pelancongan lain. – BH Online

Tags: PelanconganPulau Langkawisempadan negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

China Buka Semula Sempadan Negara

China Buka Semula Sempadan Negara

08/01/2023
0

BEIJING: Ramai pengunjung mula berpusu-pusu memasuki China melalui laluan darat dan laut dari Hong Kong ketika Beijing membuka pintu sempadan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd