• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2022: Kurangkan Jumlah Penerima Bantuan Pada Masa Depan

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Ekonomi, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, dan bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima disifatkan boleh memberi impak positif kepada ekonomi dalam jangka masa terdekat melalui peningkatan kuasa beli oleh golongan B40.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Islam, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan, kerajaan turut perlu memberi fokus kepada usaha untuk mengurangkan jumlah penerima bantuan pada masa depan melalui penyediaan inisiatif yang lebih terangkum bagi meningkatkan daya saing rakyat, termasuk dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

Jelas beliau, ia sekali gus dapat menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak, meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah serta mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

“Bukan setiap tahun (jumlah penerima berkurangan) tetapi sekurang-kurangnya mungkin dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kita dapat menyaksikan jumlah penerima ini (bantuan) semakin berkurangan kerana kita berjaya mewujudkan peluang pekerjaan, dan kumpulan ini mempunyai gaji yang lebih kompetitif.

“Kalau bercakap mengenai isu berkaitan keusahawanan, sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana semakin meningkat dari segi daya tahan saing dan mereka akhirnya dapat mengekport barangan ke luar negara.

“Jadi, perkara-perkara ini sepatutnya kita dapat petakan insentif kerajaan untuk mengeluarkan (kumpulan B40 dalam kemiskinan), dan impaknya saya tak rasa dalam masa terdekat. Tetapi sekurang-kurangnya dalam dua atau tiga tahun kita nampak hasilnya,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan BKM dalam Bajet 2022 dengan peningkatan berbanding RM7 bilion dalam Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Afzanizam menambah, jika jumlah menerima bantuan tunai berjaya diturunkan pada masa depan, ia mencerminkan bahawa dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah berjaya.

Katanya lagi, perkongsian maklumat yang lebih mudah dan tepat kepada rakyat amat penting untuk memastikan mereka memahami bahawa setiap sumber kerajaan adalah terhad, dan ia sepatutnya digunakan ke tahap yang lebih baik agar dapat melahirkan impak ekonomi yang berpanjangan.

“Contoh kalau kita lihat, kita nak belanja subsidi atau lebih kepada pendidikan… Sebenarnya ini satu pilhan yang agak kritikal (kerana) kita fikir faktor jangka dekat.

“Tetapi sedangkan pada masa akan datang, kita perlu fikirkan generasi akan datang bagaimana mereka mendapat pekerjaan atau melakukan perniagaan yang lebih baik.

“Jadi, (penekanan kepada) aspek pendidikan atau peruntukan yang lebih.

“Tetapi, impaknya kita tak dapat rasa dalam masa terdekat, namun satu pertimbangan perlu diterapkan untuk pastikan rakyat faham bahawa setiap pilihan itu ada impak jangka masa panjang,” ujarnya lagi.

Mengenai bantuan awal persekolahan yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 pula, Afzanizam berkata peningkatan tersebut adalah wajar kerana mengambil kira kos sara hidup. – Astro AWANI

Tags: Bajet 2022Bantuan Keluarga Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

Next Post

Akta 342 Akan Terus Digunakan Seluruh Negara, Tak Hanya Di Melaka

Related Posts

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

Kementerian Kewangan Tangguh Pelaksanaan Tiga Duti Eksais, Cukai Di Bawah Bajet 2022

21/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah...

Bantuan Keluarga Malaysia Ditambah Jika Harga Barang Masih Belum Stabil

Bantuan Keluarga Malaysia Ditambah Jika Harga Barang Masih Belum Stabil

18/07/2022
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan menambah lagi jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi golongan B40 jika harga barang...

Next Post

Akta 342 Akan Terus Digunakan Seluruh Negara, Tak Hanya Di Melaka

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd