• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MITRA: SPRM Siasat 200 Syarikat Seleweng

oleh Mohd Arshad
29/10/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti lebih 200 syarikat, organisasi dan entiti yang disyaki terbabit dalam penyelewengan pemberian geran Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Pemberian geran MITRA dengan pelbagai jumlah peruntukan itu diberikan kepada pelbagai pihak untuk tujuan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat keturunan India.

Banyak daripada penerima geran itu, khususnya syarikat gagal melaksanakan program yang diluluskan, tetapi melaporkan sudah diselesaikan sepenuhnya.

Difahamkan, ada penerima geran MITRA mendapat dana dari RM1 juta dan paling besar RM9 juta.

“Kita akan melihat satu-satu pihak yang menerima geran MITRA itu, termasuklah penerima terbesar bernilai RM9 juta, sama ada program atau projek yang dinyatakan benar-benar dilaksanakan dan dimanfaatkan kepada kaum India.

“Mereka ini memohon peruntukan untuk mengadakan program membangunkan sosio-ekonomi kaum India dan melaporkan ia sudah dilaksanakan apabila dana itu diperoleh.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati banyak penyelewengan berlaku dan program itu tidak dijalankan seperti yang dilaporkan,” kata sumber.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi BH berkata, siasatan akan diteruskan dengan maklumat baharu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa lagi pihak akan dipanggil. termasuk mereka yang terbabit secara langsung dalam pemberian dana MITRA itu.

BH melaporkan SPRM menahan 16 orang pengarah syarikat kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan jutaan tinggit geran MITRA.

Semua individu terbabit yang berusia antara 24 tahun dan 68 tahun dikaitkan dengan agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

BH turut melaporkan projek penternakan lembu, pembekalan latihan keusahawanan untuk anak muda dan pembekalan pelbagai peralatan antara projek serta peruntukan melalui MITRA yang diseleweng oleh penerima geran berkenaan.

Kebanyakan projek dan peruntukan untuk mengukuhkan ekonomi kaum India itu tidak sampai kepada golongan sasar. – BH Online

Tags: MITRASelewengSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd