• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Buru Pembunuh Nurin Jazlin Walaupun 14 Tahun Berlalu

oleh
27/10/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menutup kertas siasatan kes pembunuhan kejam seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang menggemparkan negara dalam kejadian 14 tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata siasatan terhadap kes itu masih aktif dan diteruskan hingga kini.

Beliau berkata, polis meneruskan usaha mencari petunjuk baharu berkaitan kes itu, namun buat masa ini tiada pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) suspek ditemui.

“Kes berkenaan masih aktif dan tidak pernah ditutup oleh PDRM.

“Usaha mencari petunjuk baharu bagi kes berkenaan masih lagi diteruskan.

“Sehingga kini, tiada padanan DNA suspek ditemui bagi kes berkenaan,” katanya menerusi kenyataan kepada Harian Metro, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, berkata, laporan polis terbaharu oleh bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, 47, akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Akan saya panjangkan kepada CPO KL (Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim) untuk tindakan lanjut,” katanya ringkas menerusi WhatsApp berhubung laporan polis dibuat Jazimin itu.

Berdasarkan laporan polis bertarikh 4 Jun lalu di Balai Polis Wangsa Maju (kes kemudian dirujuk ke Balai Polis Setapak) yang dilakukan Jazimin dan dilihat Harian Metro, beliau mendakwa menerima petunjuk baharu berkenaan gambar suspek yang dikatakan menyamai fotofit dikeluarkan PDRM sebelum ini. – myMetro Online

Tags: kanak-kanakkes pembunuhanNurin Jazlin JaziminPDRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd