• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Buat Laporan Terhadap Bekas Ahli Perbankan Goldman Sachs

oleh
27/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat laporan terhadap bekas ahli perbankan Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, ini untuk membolehkan supaya pihak berkuasa Malaysia menyoal, membawa balik atau meminta senarai nama dari Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, dalam usaha membersihkan namanya dalam kes 1MDB.

Katanya, tindakannya itu berikutan sudah habis usaha untuk mendapatkan senarai nama individu dari syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia, yang didakwa pernah disogok Leissner seperti pengakuan salah lelaki itu di mahkamah di Amerika Syarikat, tahun lalu.

Pengakuan salah itu menyaksikan Goldman Sachs bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak US$3.9 bilion bersamaan dengan RM16.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

“Pada awal tahun ini, peguam saya berjaya memenangi kes di Amerika Syarikat untuk mendapat senarai nama dalam pengakuan Tim Leissner yang telah disogok beliau.

“Namun, kerajaan Amerika Syarikat melalui DOJ membantah keputusan mahkamah Amerika Syarikat dan menghalang nama itu didedahkan,” katanya kepada pemberita, selepas membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM, di sini, pagi tadi.

Najib berkata, ketika itu seorang peguam dari syarikat guaman terkenal, Brahman and Associates yang mewakili seorang lagi pengurus kanan Goldman Sachs, Roger Ng, pernah mengeluarkan kenyataan media bahawa senarai nama itu adalah bukti memihak kepadanya (exculpatory evidence), yang boleh membersihkan nama beliau terbabit dalam penipuan 1MDB.

Beliau berkata, susulan perkembangan di Amerika Syarikat itu, pada pertengahan tahun ini, barisan guamannya juga pernah meminta mahkamah dan pihak pendakwaan untuk mendedahkan senarai nama berkenaan, namun usaha itu gagal.

Katanya, beliau berasa amat pelik mengapa kerajaan Malaysia dan pihak pendakwaan seolah-olah tidak ingin mengetahui dan mengambil tindakan terhadap nama pegawai 1MDB dan kerajaan yang disogok Leissner sehingga Goldman Sachs terpaksa membayar penalti serta ganti rugi sejumlah RM16.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.

“Ini amat penting atas prinsip untuk mendapatkan perbicaraan yang adil. Kalau kita percaya kepada peraturan undang-undang dan perbicaraan yang adil, nama ini perlu didedahkan.

“Sebab ini membabitkan bukan saja prinsip perbicaraan adil tetapi kredibiliti saksi adalah perkara utama dalam soal menuntut keadilan,” katanya.

Beliau berkata, apabila permohonan pihaknya melalui mahkamah di Amerika Syarikat untuk mendapatkan dokumen berkenaan dihalang oleh DOJ, menyebabkan Najib terpaksa meminta Peguam Negara memulakan proses ekstradisi terhadap Leissner atau mendapatkan maklumat berkenaan daripada pihak berkenaan.

Pada 21 Julai lalu, Najib gagal mendapatkan dokumen 1MDB membabitkan keluarga bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Goldman Sachs selepas Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menolak permohonannya.

Sequerah dalam penghakimannya, berkata maklumat yang ingin diperolehi oleh pembelaan bukanlah sebahagian daripada kes pendakwaan. – BH Online

Tags: 1MDBGoldman Sachsnajib razakSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd