• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukti Keberkesanan Ivermectin Amat Terhad

oleh
26/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil kajian ujian Keberkesanan Rawatan Ivermectin ke atas Pesakit COVID-19 Berisiko Tinggi (Kajian I-TECH) dijangka dibentangkan kepada pihak berkepentingan Kementerian Kesihatan (KKM) akhir bulan ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata Kajian I-TECH telah lengkap pada proses merekrut pesakit seramai 500 orang dan kini dalam tempoh akhir analisis kajian.

“Setakat ini, bukti untuk menyokong penggunaan Ivermectin bagi merawat atau mencegah jangkitan COVID-19 adalah sangat terhad.

“Pada 28 Julai lalu, Cochrane Library mengeluarkan kenyataan tidak menyokong penggunaan ubat Ivermectin bagi mencegah atau merawat COVID-19 berlandaskan analisis sistematik terhadap 14 kajian klinikal membabitkan 1,678 peserta.

“Cochrane Library (satu koleksi pangkalan data) merumuskan keperluan untuk data kajian yang lebih berkualiti diterbitkan untuk dianalisis,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias yang ingin mengetahui status Kajian I-TECH dijalankan KKM dan bukti saintifik di peringkat antarabangsa serta langkah diambil bagi mengatasi masalah penggunaan Ivermectin ketika ini.

Dr Noor Azmi berkata, ada kajian klinikal berskala besar baru-baru ini membabitkan pesakit COVID-19 tidak dirawat di hospital dan mempunyai gejala ringan seperti percubaan Ivermectin to Prevent Hospitalisations in Patients With COVID-19 (IVERCORCOVID19) di Argentina.

Katanya, percubaan bersama di Brazil mendapati Ivermectin tidak berkesan dalam mencegah kemasukan ke hospital.

Berhubung langkah diambil bagi mengatasi masalah penggunaan Ivermectin, Dr Noor Azmi berkata, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM sentiasa memantau dan memastikan produk kesihatan serta ubat yang dipasarkan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dijual kepada masyarakat.

Katanya, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi menerima 175 aduan mengenai Ivermectin sepanjang tahun lepas hingga September 2021.

“Berdasarkan pengesahan yang dijalankan, sebanyak 17 premis diserbu pada 2020 dengan nilai rampasan berjumlah RM7,193 dan serbuan ke atas 43 premis dan 17 pemeriksaan pada tahun ini dengan nilai rampasan RM124,815,” katanya.

Sepanjang tahun lalu hingga kini, katanya, usaha pendidikan turut dijalankan dengan memuat naik 128 poster dan maklumat menerusi laman Facebook atau media sosial serta 10 poster adalah khusus berkaitan COVID-19. – BERNAMA

Tags: IvermectinKajian I-TECHKKMpesakit COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd