• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cikgu Komathy Menang ‘The Global Teacher Award’

oleh Mohd Arshad
25/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang Guru Cemerlang Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh di sini meraih anugerah antarabangsa The Global Teacher Award 2021.

V Komathy, 38, yang sudah 14 tahun berkhidmat, menerima pengiktirafan itu pada majlis yang dianjurkan secara maya menerusi laman Facebook dan saluran Youtube rasmi AKS Education Awards pada hari ini.

Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau terkejut apabila menerima pemakluman daripada pihak penganjur mengenai kemenangan itu menerusi emel pada 29 September lalu.

“Saya masih tidak boleh percaya dipilih sebagai pemenang daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari negara-negara lain.

“Daripada jumlah itu, 500 orang telah disenarai pendek termasuk enam calon rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini.

Komathy adalah lulusan Sarjana Pendidikan Kimia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Kimia di universiti sama.

Beliau telah menghasilkan beberapa produk inovasi untuk mencungkil minat pelajar dalam subjek kimia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.

Antara produk inovasi berkenaan ialah ‘Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0’ iaitu produk pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester.

Beliau turut mencipta satu produk aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah iaitu ‘Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment’ yang bertujuan mengembangkan karbon aktif biomas daripada tiga sisa pertanian, iaitu serabut tebu, sekam kelapa dan kulit pisang untuk menghilangkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.

“Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan, oleh sebab itu perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar supaya tidak mudah putus asa untuk mempelajari subjek ini,” katanya.

Menurutnya anugerah-anugerah yang diterimanya sebelum ini dan The Global Teacher Award 2021 pada hari ini, akan dijadikan sebagai motivasi untuk mendidik dan melahirkan anak bangsa yang lebih maju.

Katanya beliau juga akan terus mengorak langkah dalam usaha mencipta pelbagai pembaharuan menerusi subjek Kimia.

Komathy memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Methodist Girls School Ipoh pada 2007 selama enam tahun sebelum bertukar ke SMK Buntong dan dipindahkan ke SMK Ave Maria Convent Ipoh pada Februari lalu.

Beliau telah menghasilkan beberapa karya ilmiah dan pernah membawa pelajar SMK Buntong mewakili negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pelbagai acara akademik.

Menurut Komathy anak muridnya menjadi inspirasi kepada beliau untuk berusaha ke arah kecemerlangan bagi memenuhi keperluan pembelajaran mereka. – BERNAMA

Tags: Akta Perlindungan GuruGuru Cemerlang Kimia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadangan Akta Perlindungan Guru Akan Diteliti

08/08/2016
0

TANAH MERAH - Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof berkata pihaknya akan meneliti cadangan mewujudkan Akta Perlindungan...

Cadangan Gubal Akta Perlindungan Guru Diteliti – TPM

06/08/2016
0

BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan meminta Kementerian Pendidikan meneliti cadangan supaya Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd