• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Arak Timah: Syarikat Tak Mohon Khidmat Nasihat Label

oleh
22/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan, syarikat pengeluar jenama arak Timah tidak memohon sebarang khidmat nasihat label daripada pihak tersebut.

Menurut maklum balas daripada BKKM menjelaskan, bahagian tersebut tidak memberi apa-apa kelulusan berkaitan pelabelan.

“Bagaimanapun, BKKM menawarkan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan bagi memastikan label mematuhi peruntukan pelabelan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, BKKM memantau pelabelan makanan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan,” demikian kenyataan akhbar dikeluarkan BKKM di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut BKKM, Peraturan 18 (1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan apa-apa perkataan yang menyatakan penggredan, kualiti atau kelebihan atau apa-apa perkataan mempunyai maksud sama digunakan sebagai jenama.

“Oleh yang demikian, jenama seperti Timah, Omar dan lain-lain tidak menggambarkan penggredan, kualiti atau kelebihan, maka perkara ini tidak tertakluk di bawah Peraturan 18 (1A),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam pengeluaran arak jenama Timah yang didakwa menghina agama Islam selain produk minuman beralkohol itu dipercayai berbahaya kerana kandungan alkoholnya sangat tinggi.

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Bayan Linnas Siri Ke-244: Jenama Arak: Hormati Sensitiviti Muslim menegaskan, jenama itu mesti ditarik dan diubah serta-merta manakala, gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini. – K! ONLINE

Tags: BKKM Kementerian Kesihatanjenama arak Timah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd