• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sajat Diminta Kemuka Bukti, Buat Laporan Polis Jika Benar Dicabul

oleh
21/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diminta tampil semula dengan bukti dan membuat laporan polis sekiranya benar dia mendakwa dicabul penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sesi soal siasat awal tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Muhammad Sajjad perlu mengemukakan apa juga bukti dan keterangan bukan hanya cakap kosong kerana itu akan memburukkan keadaan dan suatu tindakan yang berbaur fitnah.

“Kalau betul dia buat tuduhan, pasti dia sudah buat laporan polis. JAIS juga sudah buat laporan polis menyatakan perkara sebenar yang berlaku pada pihak polis, kita serahkan kepada polis untuk membuat siasatan.

“Prinsip saya telus, jika betul ada kakitangan JAIS buat salah, pasti polis ambil tindakan kerana dakwaan gangguan seksual itu bukan bidang kuasa saya tetapi polis.

“JAIS tidak akan dan tidak pernah membela mana-mana kakitangan yang membuat sebarang salah laku. Tiada tempat untuk kakitangan yang melakukan perkara melampaui batas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Shahzihan juga mempersoalkan tindakan Muhammad Sajjad yang hanya membuat dakwaan sekarang, sedangkan soal siasat berkenaan dijalankan awal tahun ini.

Katanya, tindakan dia seolah-olah memainkan emosi semua orang untuk terus meletakkan JAIS dalam keadaan bersalah dengan dakwaan itu.

“Bukan JAIS tidak hormat dia tetapi cara dia buat kita hilang hormat. Bila di Australia, buat cerita macam-macam ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Menimbulkan persepsi orang agama tidak betul, jabatan agama tidak betul. Jika terus dilayan, JAIS akan terheret dalam persepsi dia dan dilihat cepat melatah.

“Sedangkan isu dia kecil sahaja, banyak lagi agenda berkaitan agama Islam di Selangor yang perlu JAIS beri perhatian dan dititikberatkan,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Sajjad ketika temu bual dengan New York Times mendakwa perkara itu disaksikan ibunya sendiri, yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan oleh seseorang yang sepatutnya alim.

Katanya, kejadian itu berlaku Januari lalu ketika dia dipanggil ke JAIS yang mana dia dan beberapa anggota keluarga serta rakan menemui pegawai yang mendakwa menerima aduan awam mengenainya. – myMetro Online

Tags: dicabulJAISMuhammad Sajjad Kamaruz ZamanNur Sajattransgender
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

Remaja Perempuan Dakwa Dicabul Penjawat Awam Di Hotel

23/03/2025
0

SUBANG JAYA - Seorang remaja perempuan menempuh detik hitam setelah mendakwa dicabul individu yang dipercayai penjawat awam di sebuah hotel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd