• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerima Sinovac Boleh Ambil Dos Penggalak Pfizer Bermula Esok

oleh
21/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu yang sudah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai permulaan, perlaksanaan pemberian dos penggalak bagi penerima vaksin Sinovac yang layak akan dimulakan esok secara berfasa di seluruh negara.

Beliau berkata, dos penggalak secara heterologous (pemberian dos penggalak bagi jenis vaksin berlainan) itu akan diberikan kepada individu berumur 60 tahun ke atas.

“Ini berdasarkan saranan Strategic Advisory Group of Expert (SAGE) on Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bersidang pada 4 hingga 7 Oktober lalu.

“Pemberian dos penggalak secara heterologous adalah secara penggunaan off-label dan dijadikan sebagai cabang kajian (subgroup) dalam kajian The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination (RECoVaM) dan kajian kesan advers serius selepas vaksinasi (SAFECOVAC), iaitu bagi semua penerima dos penggalak.

“Pemberian dos penggalak ini dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick),” katanya dalam sidang media khas secara hibrid, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, objektif pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 ialah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optima diperoleh oleh penerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

“Pemberian dos penggalak ini akan diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.

“Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai MySejahtera.

“Kaedah janji temu pemberian dos penggalak akan ditambah baik dari semasa ke semasa dan tidak lama lagi penerima vaksin boleh membuat janji temu melalui sistem yang sedang dibangunkan oleh KKM,” katanya.

Katanya, KKM amat menggalakkan supaya setiap individu yang layak untuk mengambil dos penggalak, mendapatkan suntikan dos itu walaupun ia adalah sukarela.

“Ini supaya tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan Covid-19. Terdahulu, pelaksanaan pemberian dos penggalak dimulakan di seluruh negara pada 13 Oktober lalu dengan menggunakan vaksin Comirnaty.

“Buat masa ini pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Comirnaty sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu dengan keutamaan kepada anggota barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan), warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dan individu dengan komorbid.

“Sehingga 19 Oktober lalu, seramai 47,728 sudah pun menerima dos penggalak,” katanya. – myMetro Online

Tags: dos penggalakPfizer-BioNTechSinovacvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Sambutan Dos Penggalak Masih Kurang Memuaskan – Dr Zaliha

Sambutan Dos Penggalak Masih Kurang Memuaskan – Dr Zaliha

08/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd