• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Kaji Benarkan Rokok Murah Diproses Di Malaysia

oleh
20/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) sedang memperincikan cadangan bagi membolehkan proses pengilangan dan pengeluaran rokok berharga murah dapat dilakukan di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, jika boleh dilaksanakan, ia mampu menyumbang kepada hasil percukaian negara, namun penilaian dari segala aspek termasuk isu kesihatan tetap diambil kira.

“Perkara ini dalam makluman MOF. Ini satu perkara kerajaan sedang perincikan apakah kaedah yang terbaik untuk kita lakukan supaya dapat mengurangkan perkara atau aktiviti tidak dibenarkan kerajaan.

“Kita mengambil pandangan semua, supaya dengan apa saja yang kita lakukan, ia akan sedikit sebanyak boleh menambah hasil negara,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) peringkat kementeriannya di Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Senator Datuk Othman Aziz bangun mencelah meminta MOF memperincikan cadangan supaya pengilangan rokok murah dapat dibuat di Malaysia bagi mengatasi masalah penyeludupan, yang menjadi penyumbang kepada ketirisan ekonomi negara.

“Kenapa kerajaan tidak boleh benarkan jenama murah ini dikilang dan dipasarkan di negara ini, sedangkan jenama (lain) yang dimasukkan ke negara ini dari negara luar dan (penyeludupan rokok murah) ini kita tidak dapat cukai,” katanya.

Sebelum ini, Advokasi Jenama Runcit dan Dagangan Cawangan Malaysia (RTBA Malaysia) memaklumkan, pihak berkuasa di negara ini merampas sejumlah 76.2 juta batang rokok seludup dibawa masuk melalui laluan perairan negara pada suku pertama tahun ini.

Jumlah itu menurut RTBA Malaysia, menandakan lonjakan besar jika dibandingkan sejumlah 34 juta batang rokok seludup dirampas pada keseluruhan pada tahun 2020.

Dalam pada itu, Mohd Shahar berkata, kerajaan masih dalam peringkat kajian untuk mengawal selia rokok elektronik dan vape secara menyeluruh termasuk melalui medium percukaian.

“Kajian terperinci ini meliputi aspek kawal selia, standard keselamatan, kualiti produk dan penguatkuasaan larangan penjualan serta penggunaannya terutama dalam kalangan pelajar sekolah atau remaja,” katanya. – BH Online

Tags: Dewan Negarakementerian kewanganrokok murah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan paparan had bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) cuma 150 liter disebabkan masalah teknikal....

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd