• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandora Papers: Anwar Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

oleh Mohd Arshad
18/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers.

Anwar menjelaskan, pendedahan yang dibuat oleh beliau di Parlimen sejak 2012 harus segera disiasat dan beliau mengalu-alukan perkara itu dibuat oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berharap isu Pandora Papers tidak didiamkan begitu sahaja oleh kerajaan.

“Saya tidak ada masalah (untuk dipanggil SPRM). Saya boleh beri kerjasama tapi sebagaimana kita tahu kita mahu siasatan itu melibatkan agensi seperti Bank Negara Malaysia, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Saya akan beri kerjasama apa yang saya ada tambahan yang lebih.

“Seperti yang kita tahu ia satu badan antarabangsa yang buat siasatan, sepatutnya SPRM menyegerakan kerana ini bukan benda baharu, kes ini keluar daripada badan integriti antarabangsa yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan semenjak 2012 lagi,” katanya.

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/pandora-papers-sprm-kerjasama-dengan-bank-negara-lakukan-siasatan/

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Wisma SP Care dan majlis penghargaan barisan hadapan SP Care di Serendah, hari ini.

SPRM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan suruhanjaya itu akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pendedahan Pandora Papers. – Astro AWANI

Baca: Anwar Terima RM33,560 Ke RM42,560 Sebulan Pada Kerajaan

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: Pandora Papers
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Antara Sapura Energy Rafizi dan Pandora Papers Anwar

01/04/2022
0

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah cuba mengangkat kebencian rakyat terhadap pemimpin BN menggunakan isu Pandora Papers. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Pandora Papers: SPRM Bekerjasama Bank Negara Lakukan Siasatan

18/10/2021
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi siasatan lain menyiasat isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd