• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Belum Menang” – Dr Noor Hisham

oleh
13/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelonggaran merentas negeri yang dikuatkuasakan kerajaan sejak Isnin lalu menjadi titik tolak terhadap perjuangan menerusi landskap ‘medan perang’ baharu dalam menghadapi COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata setiap individu kini memainkan peranan penting untuk memastikan Keluarga Malaysia selamat daripada wabak itu.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mempunyai prinsip panduan yang jelas dalam menghadapi wabak itu dan kini tanggungjawab terletak pada bahu individu untuk melaksanakannya.

“Kita sudah berjaya sejauh ini bagi mengelakkan bencana nasional seperti yang berlaku di kebanyakan negara lain.

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja di KKM serta mereka di belakang tabir yang bekerja sebagai satu pasukan untuk mengawal penularan COVID-19 di negara kita.

“Namun, ia tidak bermakna kita sudah keluar daripada bencana ini. Kemenangan hanya akan menjadi milik semua jika rakyat Malaysia bersatu-padu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan kesihatan awam sepanjang diberi ‘kebebasan’ merentas negeri.

“Kita mesti menyesuaikan diri dengan norma baharu ini kerana dunia tidak akan sama lagi. Kita semua mesti mengetahui bahawa tindakan setiap individu mempunyai kesan terhadap bagaimana kita menguruskan COVID-19 dalam komuniti kita,” katanya dalam catatan di Facebook miliknya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumuman khasnya menguatkuasakan kebenaran merentas negeri kepada rakyat Malaysia yang lengkap divaksin bermula Isnin lalu selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi.

Dr Noor Hisham berkata, dalam pada rakyat Malaysia merancang pulang ke kampung hujung minggu ini, perkara penting perlu dilakukan adalah merancang bagi pematuhan SOP dan amalan norma baharu.

“Kita mesti mempunyai disiplin dan patuh terhadap SOP dengan menerapkan jarak sosial, mengambil semua langkah berjaga-jaga dan menjaga kebersihan diri.

“Kita mesti memastikan semua orang mematuhi jarak yang selamat, terutama di tempat yang sesak dan terkurung, termasuk aspek ruang pengudaraan bagi menjadikannya lebih selamat.

“Ia termasuklah pembersihan kawasan seperti pantri atau ruang solat dan hanya membenarkan sebilangan kecil orang untuk berkumpul pada satu-satu masa untuk memastikan keselamatan penjarakan sosial,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19Dr Noor Hisham AbdullahKKMrentas negeri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd