• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Ditangguh, 3 RUU Dan RMK-12 Lulus Sesi Ini

oleh
12/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bersidang selama 17 hari melabuhkan tirainya hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengendalikan sesi petang ini berkata, persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini menyaksikan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu rancangan pembangunan negara bagi tempoh 2021-2025 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari mulai 28 September lalu oleh 106 Ahli Parlimen, disusuli penggulungan 27 kementerian berkaitan.

RMK-12 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 September bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik Covid-19.

Sebelum itu, Dewan Rakyat meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 September, selepas 91 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Persidangan kali ini turut menyaksikan tiga Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan iaitu RUU Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 bertujuan membiayai empat pakej bantuan dan rangsangan yang diumumkan kerajaan sejak awal tahun ini.

Turut diluluskan RUU Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021, RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, usul berkaitan peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) dan usul perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275).

Pada permulaan sidang hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-Ordinan Darurat akan dibawa ke persidangan akan datang.

Wan Junaidi dalam kenyataan berasingan pula berkata, keputusan itu dibuat oleh Ismail Sabri berikutan permintaan pemimpin pembangkang untuk menangguhkan pembentangan usul tersebut.

Permohonan itu dibuat bertujuan untuk memberi lebih banyak masa untuk usul itu dibahaskan oleh Ahli Parlimen sebelum meluluskannya, menurut kenyataan Wan Junaidi.

Menurut laman rasmi Parlimen, Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat selama 32 hari akan bermula pada 25 Oktober ini dengan tumpuan adalah pembentangan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2022 pada 29 Oktober, belanjawan pertama di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri. – BERNAMA

Tags: persidangan dewan rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat Pada 19 Disember Ini

Pemilihan Speaker Dewan Rakyat Pada 19 Disember Ini

01/12/2022
0

SHAH ALAM - Pemilihan Speaker merupakan agenda utama dalam persidangan Dewan Rakyat bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang akan bersidang...

Ahli Parlimen Bersidang Tanpa ‘Drama’

15/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Pertama Penggal Ke-14 Dewan Rakyat yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd