• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operator Pengangkutan Awam Perlu Semak Sijil Vaksinasi Penumpang

oleh
11/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Operator pengangkutan awam bagi semua sektor darat, udara dan maritim perlu memastikan setiap penumpang atau pengguna perkhidmatan pengangkutan awam menunjukkan sijil vaksinasi mereka.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, langkah tersebut adalah bagi membuktikan penumpang dan pengguna perkhidmatan telah lengkap divaksinasi sebagaimana yang ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri.

“Kesemua sektor darat, udara dan maritim seperti pengusaha bas ekspres, rel, teksi, e-hailing, syarikat penerbangan, pengusaha feri dan kapal agar tidak leka serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Selain itu pematuhan terhadap SOP lain seperti memakai pelitup separuh muka dan kerap mencuci tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman juga perlu dipatuhi tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pengguna pengangkutan awam juga digalakkan membuat ujian saringan Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan rentas negeri bagi melindungi diri sendiri, keluarga dan orang disekeliling.

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri mulai 11 Oktober.

Turut diumumkan kebenaran ke luar negara bagi individu yang telah lengkap dos suntikan vaksinasi.

Mengulas lanjut Ka Siong berkata, pengumuman tersebut membuktikan kerajaan amat memahami perasaan rakyat yang sejak sekian lama tidak dapat pulang ke kampung halaman akibat Covid-19.

“Keluarga Malaysia yang ingin ke luar negara juga kini tidak lagi perlu memohon My Travel Pass sebagaimana yang diperlukan sebelum ini.

“Bagaimanapun pengembara yang baru pulang ke tanah air masih perlu menjalani kuarantin wajib sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Pengangkutan Awamrentas nagerirentas negarasijil vaksinasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

Firdaus Wong Kritik Saranan Guna Pengangkutan Awam, EV Ketika Krisis Minyak

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik saranan kepada rakyat menggunakan pengangkutan awam, kenderaan elektrik (EV) serta...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd