• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak Perlu Diwujudkan – NGO

oleh Mohd Arshad
11/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parlimen perlu meluluskan undang-undang Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak bagi mewujudkan suruhanjaya yang bebas dengan dana mencukupi untuk melaksanakan tugas serta peranannya bagi memastikan golongan tersebut mendapat perlindungan sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu antara isu utama dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang diadakan pada Khamis lepas.

“Wakil-Wakil NGO berkongsi pandangan mereka mengenai hal-hal berkaitan dengan peranan Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Mahkamah Kanak-Kanak dan peranan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga,” menurutnya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Mesyuarat itu dihadiri oleh wakil Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Yayasan CRIB (Inovasi dan Kebajikan Hak Kanak-Kanak).

Turut hadir wakil Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM), Pusat Wanita Untuk Perubahan (WCC) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) manakala Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh hadir sebagai jemputan khas.

Mesyuarat itu turut membincangkan keperluan pembangunan kapasiti pihak berkepentingan yang relevan untuk meningkatkan kecekapan prosedur termasuk dalam pengelolaan bantuan kecemasan, penguatkuasaan polis dan bantuan guaman.

Selain itu, isu utama yang dibangkitkan ialah meningkatkan koordinasi peringkat negeri dalam pengurusan keganasan rumah tangga.

Kenyataan itu juga menyebut sistem pengumpulan data di peringkat nasional yang telus untuk memantau dan menanggapi kes kekerasan terhadap wanita dan anak-anak perlu dikembangkan.

“Untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban agensi-agensi berkaitan, Suruhanjaya Kanak-Kanak dan Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga diminta untuk menerbitkan laporan tahunan yang boleh diakses oleh masyarakat umum,” katanya.

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa tersebut mengadakan sesi libat urus dengan NGO terbabit untuk melindungi dan memelihara kebajikan serta kepentingan terbaik wanita dan kanak-kanak. – BERNAMA

Tags: Akta Suruhanjaya Kanak-Kanakkanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd