• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada 3 ‘Singa’ Kuasai Melaka

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan mendakwa, Melaka bukan dikuasai oleh ‘dua singa di atas gunung,’ sebaliknya tiga ‘singa’ yang didakwanya terbabit dalam penyelewengan kerja mengorek pasir laut dan menambak pantai di negeri ini.

Beliau mendakwa, ketiga-tiga singa terbabit akan dibawa ke muka pengadilan jika Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Kalau Datuk Seri Idris Haron kata ada dua singa di atas gunung yang menguasai negeri Melaka, saya pula katakan sebenarnya ada tiga singa yang merosakkan negeri ini,” katanya pada sidang media bersama-sama Idris di resort miliknya di Pantai Puteri, Tanjung Kling dekat sini hari ini.

Mengenai hala tuju mereka, Nor Azman berkata, setakat ini beliau dan Idris sudah menerima tawaran daripada beberapa pemimpin PH untuk menyertai parti masing-masing tetapi masih membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan mereka bukan setakat menang, malah mampu membentuk kerajaan negeri selepas itu.

“Saya dan Datuk Seri (Idris) akan buat keputusan parti mana yang akan kami sertai pada waktu sesuai sebelum PRN tetapi yang dua orang lagi (ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad), saya tidak tahu,” katanya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas parti atau pemimpin parti berkenaan yang menghubungi mereka dan membuat tawaran itu.

Nor Azman berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Pantai Kundor yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan begitu juga Idris di kerusi Sungai Udang.

Nor Azman adalah penyandang bagi penggal pertama manakala Idris bagi penggal kedua. – myMetro Online

Tags: kerja mengorek pasir lautmenambak pantaiNor Azman HassanPRN Melaka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

31/10/2026
0

MELAKA - “Kalau tak matang, satu dunia kecam saya, takkan saya berdiri lagi kat sini.” Demikian tegas calon Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd