• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lengkap Vaksin Syarat ‘Dine-In’ Dalam Semua Fasa PPN

oleh
01/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarat vaksinasi lengkap bagi makan di restoran atau ‘dine in’ dikekalkan dalam semua peringkat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) awal hari ini yang tidak meletakkan syarat mesti lengkap vaksinasi untuk aktiviti ‘dine-in’ bagi penduduk di negeri Fasa 3 PPN disebabkan ia belum dikemaskini.

“Keperluan vaksinasi lengkap untuk ‘dine-in’ kekal bagi semua fasa pemulihan.

“Peraturan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dikemaskini,” katanya menerusi ciapan di Twitter rasminya, sebentar tadi.

Khairy turut memaklumkan, kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Isu mengenai kebenaran ‘dine-in’ hangat diperkatakan susulan MKN pagi tadi tidak meletakkan ketetapan syarat vaksinasi lengkap bagi aktiviti berkenaan dalam Fasa 3 PPN.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan, bahkan ramai pengguna media sosial khuatir penyebaran wabak COVID-19 di restoran atau kedai makan.

Sementara itu, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menjelaskan yang keperluan vaksinasi lengkap akan terus menjadi syarat bagi setiap kemudahan yang diperuntukkan kerajaan melalui PPN.

“Ya, malah bukan sahaja ‘dine-in’ tetapi Kabinet juga setuju setiap kemudahan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal di semua fasa PPN,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini. – BH Online

Tags: dine-inPelan Pemulihan Negaravaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd