• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Peratus Populasi Dewasa Di Setiap Negeri Lengkap Divaksin

oleh
01/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua negeri kini sudah melepasi 60 peratus kadar vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) melaporkan Sabah menjadi negeri terakhir melepasi angka itu selepas 60.3 peratus penduduk dewasanya melengkapkan dua dos vaksinasi, sementara 71.9 peratus lagi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

JKJAV menerusi hantaran di laman Facebook rasminya mengumumkan kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 86.3 peratus atau 20,202,624 penduduk sudah menerima vaksinasi lengkap menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Seramai 22,042,703 atau 94.2 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos, termasuk dos tunggal dan dos lengkap di negara ini adalah sebanyak 43,696,743,” katanya.

Lembah Klang mencatatkan peratusan tertinggi bagi populasi keseluruhan yang lengkap divaksin iaitu sebanyak 81.2 peratus atau seramai 6,838,511 orang.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dengan 67.8 peratus, Negeri Sembilan (70.3), Perlis (65.1), Sarawak (65.5) dan Melaka (64).

Tiga negeri mencatatkan peratusan populasi keseluruhan yang menerima dos lengkap paling rendah ialah Sabah dengan 42.7 peratus, Kelantan (45.9) dan Perak (53.6). – BH Online

Tags: JKJAVpopulasi dewasavaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd