• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sijil MC Ada Tandatangan Tun Mahathir Curi Tumpuan

oleh
01/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sekeping gambar sijil cuti sakit (MC) yang didakwa ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1963 telah menarik perhatian orang ramai baru-baru ini.

Menerusi perkongsian gambar oleh @mr_trickshot di aplikasi Reddit, pengguna itu menunjukkan sekeping gambar MC yang dikeluarkan pada tahun 60-an dipercayai milik pak ciknya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh @mr_trickshot di Reddit, sijil yang bertarikh 1 September 1963 itu menujukkan ia dikeluarkan oleh MAHA Klinik yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Namun apa yang menarik perhatian adalah di hujung belah bawah MC tersebut terdapat nama dan tandatangan tokoh negarawan terkemuka, Tun Mahathir.

Susulan daripada perkongsian itu, telah menarik perhatian orang ramai dengan rata-rata pengguna berasa teruja melihat tulisan dan ayat oleh Tun Mahathir yang disifatkan sangat unik.

“Saya rasa inilah yang menjadikan Tun Mahathir sangat istimewa, dia adalah orang biasa yang menjadi PM. Walaupun dia mencapai tahap yang lain, tapi dia tetap menjaga orang-orangnya dengan begitu dekat,” kata Mustaqim Roslan.

“Beruntungnya pak cik dia dapat jumpa Tun Mahathir masa muda-muda dulu, bagi saya ini adalah tulisan tangan yang bagus bagi seorang doktor,” jelas Nur Siti.

“Ayat dan penulisan orang melayu dulu-dulu sangat cantik, dari segi susunan dan ejaan bagi saya sangat sempurna untuk dibaca,” ujar Ahmad Hazim.

Selain itu ada juga mencadangkan supaya MC tersebut di ‘frame’ dan diletakkan di dalam muzium.

Kredit: Kosmo!

Tags: MAHA Kliniksijil cuti sakittun mahathir mohamed
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sijil Cuti Sakit Di Hospital Tangkak Hilang

Sijil Cuti Sakit Di Hospital Tangkak Hilang

26/05/2024
0

Johor Bahru : Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil tindakan penambahbaikan segera supaya kejadian kehilangan sijil cuti sakit seperti yang...

Sejak Bila SPRM Mengesahkan MC Pesakit? – Najib

11/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Sejak bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tanggungjawab untuk mengesahkan cuti sakit pesakit, soal Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd