• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinggal 3.7 Peratus Capai 90 Peratus Vaksinasi Populasi Dewasa

oleh
01/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3.7 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi.

Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat 11.59 malam tadi, seramai 20,202,624 individu atau 86.3 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Setakat semalam juga, sebanyak 94.2 peratus atau 22,042,703 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 52,774 atau 1.7 peratus daripada mereka melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Perincian itu juga memaklumkan sebanyak 329,163 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 167,443 dos pertama dan 161,720 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 43,696,743 dos.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat akan dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi lengkap dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat KKM.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 192 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat 11.59 malam tadi menurun sedikit berbanding 208 kes kematian dilapor pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini kini 26,335.

Bagaimanapun, daripada 192 kematian baharu itu, sebanyak 89 adalah kes kematian harian sebenar dalam purata tujuh hari, manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’, dengan angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 47 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).

Sarawak merekodkan kes kematian tertinggi iaitu dengan 40 kes, diikuti Johor (34), Perak (23), Pulau Pinang (21), Sabah (20), Selangor (18), Kedah (sembilan), Terengganu (lapan), Kuala Lumpur (tujuh), Melaka dan Perlis masing-masing empat, Negeri Sembilan (dua) serta Kelantan dan Pahang masing-masing satu. – BERNAMA

Tags: KKMPICKpopulasi dewasavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd