• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Kewangan Sokong Penuh Objektif RMK-12

oleh
28/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) komited untuk menyediakan peruntukan kewangan secukupnya bagi membiayai perbelanjaan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi tempoh 2021–2025.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, MOF menyokong penuh objektif RMK-12 bagi mengembalikan pertumbuhan ekonomi ke landasan yang mampan, memperkukuhkan keterangkuman sosio-ekonomi dan meningkatkan kelestarian alam sekitar.

Katanya, selaras dengan tema RMK-12 iaitu Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan, MOF akan menyelaraskan bidang-bidang keutamaan Bajet 2022 dengan fokus utama RMK-12.

“Bajet 2022 akan memberi tumpuan kepada pemulihan, pembinaan semula daya tahan negara dan pemangkin pembaharuan atau 3R iaitu Recovery, Resilience, Reform.

“Peruntukan perbelanjaan pembangunan (Development Expenditure/DE) untuk RMK-12 dianggarkan berjumlah RM400 bilion. Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding RM248.5 bilion bagi RMK-11,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, peruntukan DE bagi Bajet 2022 juga akan dipertingkatkan demi memacu aktiviti pemulihan sosio-ekonomi dan agenda pembangunan negara.

Katanya, MOF juga akan memangkin pembaharuan selaras dengan dasar dan strategi yang diutarakan dalam RMKe-12.

“Sehubungan itu, Bajet 2022 akan memberi tumpuan kepada agenda pendigitalan termasuk pelaksanaan 5G, program Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) serta meningkatkan pengamalan digital terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Fokus RMK-12 kepada pembangunan lestari juga akan disambut dalam Bajet 2022 ke arah mencapai net zero carbon emissions, contohnya melalui dasar menggalakkan kenderaan elektrik (EV),” katanya. – K! ONLINE

Tags: kementerian kewanganRancangan Malaysia ke-12
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan paparan had bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) cuma 150 liter disebabkan masalah teknikal....

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd