• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM30 Juta Naik Taraf Kediaman Rasmi PM Demi Keselamatan, Imej

oleh
29/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan antara faktor lain termasuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara semasa program-program rasmi Perdana Menteri.

“Pengubahsuaian ini meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem pendingin hawa dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia,” memetik jawapan bertulis bertarikh 27 September itu.

Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang ingin tahu mengenai status projek ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri ke-8 di Seri Perdana yang dikatakan membabitkan kos sebanyak RM30 juta.

Baca: “Dulu RM1 Juta Sehari, Kini Hanya RM400,000”

Beliau juga ingin tahu apa justifikasi projek yang mewah ini perlu dibuat semasa rakyat sedang berperang dan terkesan dengan pandemik Covid-19 selain komponen dan skop yang terlibat.

Memetik jawapan bertulis itu lagi, status pengubahsuaian kediaman rasmi itu pada masa ini dilaksanakan sebagaimana dijadualkan di mana sehingga 31 Ogos lalu, prestasi semasa kerja-kerja pengubahsuaian telah mencapai 60 peratus kemajuan. – Astro AWANI

Oh.. ini rupanya video yang kecoh polis diserang tu…. Katanya berlaku depan tokong pic.twitter.com/BSEggXUkA9

— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 28, 2021

Tags: kediaman perdana menteriKompleks Seri Perdana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Henti Fitnah Peruntukan RM65 Juta Baik Pulih Seri Perdana – Najib

01/10/2021
0

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa mana-mana pihak untuk berhenti memfitnah dirinya berhubung peruntukan...

Muhyiddin Beri Penjelasan Projek Baik Pulih Seri Perdana

30/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, kediaman rasmi Perdana Menteri, akan rosak lebih teruk jika tidak dibaik pulih....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd