• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di KL, Klang, Shah Alam

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara, Klang dan Shah Alam di Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air bersih dari 16 hingga 17 Mac ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, gangguan bekalan itu berikutan kerja-kerja naik taraf sistem pembekalan di beberapa lokasi.

“Seluruh kawasan di Seksyen 25, Shah Alam di jangka terjejas bekalan air dari pukul 9 malam pada 16 Mac hingga pukul 6 pagi 17 Mac 2015.

“Taman Sentosa; Jalan Raja Nong; Specialist Medical Centre; Jalan Sungai Jati; Taman Bijaya dan Sekolah Menengah Tinggi Hishamuddin di Klang dijangka mengalami gangguan bekalan hingga pukul 11 pagi, 17 Mac 2015,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, kawasan Pandan Jaya; Pandan Utama; Pandan Cahaya; Taman Bakti; Taman Cempaka; Taman Cahaya; Taman Nirwana; Taman Dagang; Taman Putra Sulaiman dan Sebahagian Kampung Pandan Dalam – Keseluruhan Jalan Pandan Kemajuan (Jalan A) di ibu negara pula dijangka mengalami gangguan bekalan air sehingga pukul 9 pagi, 17 Mac 2015.

Menurutnya, kawasan yang terjejas sehingga pukul 12 tengahari pada 17 Mac 2015 adalah Kompleks Kediaman Kerajaan Jalan Duta; Duta Kensington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; Segambut Dalam; Segambut Tengah; Segambut Bahagia; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Bukit Prima Pelangi; Jalan Kelapa Bulan; Jalan Kelapa Hijau; Jalan Kelapa; Sunrise, Montkiara; Sri Sinar; Sri Bintang; Bukit Sri Bintang; Taman Prima Impian dan Anjung Tiara.

Justeru, katanya, para pengguna dinasihatkan membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara iniserta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. – mynewshub.cc

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd