• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 19 Juta Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Covid-19

oleh
24/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 19,156,694 individu atau 81.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.3 peratus atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, seramai 23,703 individu atau 0.8 peratus daripada populasi remaja sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 326,612 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 132,562 dos pertama dan 194,050 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,573,883 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 116 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat jam 11.59 malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini kini 24,681.

Bagaimanapun, daripada 116 kematian baharu itu, 92 kes adalah kematian sebenar yang dilaporkan berlaku semalam (23 September) manakala selebihnya adalah pelaporan kes kematian tertunggak dan angka boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 29 daripada kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID). – BERNAMA

Tags: KKMProgram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)vaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd