• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WhatsApp ‘Melawak’ Ada Bom Di KLIA Cetus Panik

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Polis hari ini menjelaskan penyebaran maklumat sejak semalam kononnya terdapat bom berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga hampir mencetuskan rasa panik adalah palsu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Asisten komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika ditanya pemberita di sini mengenai penyebaran maklumat berkenaan mengesahkan bahawa tiada sebarang insiden berkaitan bom dilaporkan di kawasan KLIA semalam.

“Tidak ada bom dekat KLIA semalam. Perkara itu tidak benar,” katanya yang menyedari maklumat berkenaan yang tersebar luas melalui rangkaian media sosial.

Menurut maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp sejak semalam kononnya terdapat sebutir bom berhampiran KLIA dalam radius (lingkungan) 30 kilometer.

Namun gambar yang disertakan bersama maklumat tersebut menunjukkan gambar pas pekerja seorang individu lelaki petugas MASKargo yang bernama ‘Bom’.

Terdahulu pada majlis hari ini, seorang pelukis terkenal China, Chen Shijie menyampaikan surat penghargaan kepada Mohd Iqbal atas kejayaan menemui semula enam lukisan beliau yang bernilai RM1.5 juta pada Disember lepas.

– BERNAMA

Tags: Bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd