• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dianugerahi Ikon Wanita Dunia Carilamat

oleh
18/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Komander Dr Suzanna Razali, 40, menjadi wanita pertama Asia Tenggara dianugerahi Ikon Wanita Dunia Carilamat peringkat antarabangsa.

Kejayaan ini dikongsi unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, anugerah berkenaan diterima Suzzana daripada ‘International Maritime Rescue Federation’(IMRF) 2021.

Katanya, Suzanna menarik perhatian IMRF menerusi pencapaian dan prestasinya di dalam dan luar negara serta tersenarai dalam saingan akhir bagi kategori ‘Women in SAR’.

Keputusan anugerah diumumkan, Ketua Pegawai Eksekutif IMRF, Theresa Crossley, pada Majlis Penganugerahan IMRF Awards 2021 yang diadakan secara maya di London, United Kingdom (UK) pada 14 September lalu.

Terdahulu, Suzanna pernah membuat pembentangan Women in SAR di ‘World Maritime Rescue Congress’ pada 2019 dan dijemput sebagai panel pembentang dalam bidang sama sempena ‘International Women’s Day’ pada 8 Mac lalu.

Selain itu, beliau juga adalah jurulatih dalam bidang Carilamat Maritim sejak 2011 dan pernah menerima sijil kepujian atas pembentangan terbaik sewaktu menyertai kursus di Jepun pada 2018.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Suzanna di atas pencapaian berkenaan yang sekali gus mengangkat imej Maritim Malaysia di persada antarabangsa. – BH Online

Tags: Ikon Wanita Dunia CarilamatKomander Dr Suzanna RazaliMaritim Malaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

Jangan Jadi Barua, Khianat Negara

20/01/2024
0

Port Dickson: Mereka disifatkan pengkhianat negara apabila dikesan aktif membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini melalui...

Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Ditahan

Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara Ditahan

22/06/2023
0

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan dari Indonesia selepas didapati menceroboh perairan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd