• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Samun Tembaga ‘Faizal Copper’ Babit Warga Asing Tumpas

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kumpulan Faizal Copper yang menyamun kabel tembaga di tapak pembinaan tumpas dengan tertangkapnya 14 lelaki bulan lalu.

Barangan bernilai kira-kira RM500,000 turut dirampas dari mereka yang aktif di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt Zaldino Zahudin berkata tiga daripada mereka merupakan warga tempatan, enam warga India dan lima warga Indonesia.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 21 dengan 50 tahun ditahan secara berasingan di Klang, Selangor dan Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Feb lalu.

“Seorang daripada mereka telah dituduh di Mahkamah Sepang, lima diberi jaminan polis dan lapan lagi masih dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam,” katanya.

Zaldino berkata mereka ditahan hasil laporan seorang pengadu mengenai kes samun di tapak projek Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil pada 22 Feb.

“Dalam kejadian itu, seorang pengawal keselamatan yang menjaga tapak projek dilapor telah diikat dan dipukul 10 lelaki yang turut menyamun RM500 wang mangsa dan telefon bimbit serta alat walkie-talkie milik syarikat berkenaan.

“Pemeriksaan di kawasan tapak projek turut mendapati empat gulung kabel voltan tinggi hilang,” katanya.

Beliau berkata pihak polis kemudiannya menahan kesemua suspek di tiga lokasi berasingan.

Kabel yang dicuri itu dilapor dijual di sebuah premis barang lusuh di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Pihak polis sedang mengesan perancang kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Faizal Itam, 27, atau Kecik bersama Mohd Nor Adol, 28, atau Bro Din.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kedua-duanya boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=BgtjLZ5Y2W8

Tags: Jenayahkes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd