• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MoU Kerajaan Dan PH Bukan Kerjasama Kepartian

oleh
13/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA yang harus kita faham dalam persefahaman yang telah diterjemahkan oleh MoU antara Kerajaan dan PH (Pembangkang) ialah bukan kerjasama atau persefahaman kepartian. Ia merupakan satu persefahaman untuk tujuan tertentu khususnya berkaitan usaha bersama menangani Covid-19 dan membina semula ekonomi rakyat dan negara secara kerjasama “dwipartisan”.

Secara mudah untuk kita faham ialah MoU ini bukan kerjasama yang pernah diusahakan sebelum ini oleh pihak-pihak tertentu dalam memberikan sokongan kepada Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

MoU yang akan ditandatangani oleh Wakil Kerajaan dan Wakil Pakatan Harapan (PH) boleh diterjemahkan dengan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dimana CSA ini tidak akan sesekali melantik YB-YB dari PH sebagai Menteri atau lantikan-lantikan GLC. CSA ini juga bukan bertujuan untuk menjadikan PH sebahagian kerajaan.

Ada sesetengah mereka yang memperjuangkan “Jajaran Baru” sebelum ini sedang cuma menyongsongkan pemahaman CSA ini dengan mengaitkan dengan konsensus UMNO iaitu “No DAP” dan “No Anwar”.

Cubaan “Jajaran Baru” sebelum ini jelas berbentuk usaha menubuhkan kerajaan bersama dengan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ianya jelas berbeza dengan MoU yang berlaku hari ini.

Anwar bukan Perdana Menteri dan PH bukan sebahagian dari kerajaan yang ada. Itu asas kepada apa yang harus kita faham dalam MoU yang dipersetujui. Kandungan MoU atau CSA ini juga akan didedahkan secara terbuka dan bertanggungjawab untuk mencari kebersamaan dan tumpuan kerajaan dalam menangani pandemik kesihatan dan krisis ekonomi rakyat.

Soal Konsensus UMNO, ianya masih kekal dan tidak berubah dan tidak menjadikan MoU ini sebagai permulaan kepada apa jua kerjasama kepartian antara PH dan UMNO. Jangan cuba pesongkan matlamat asal CSA ini dan jangan kaitkan UMNO dengan MoU ini.

Ia merupakan perlaksanaan kerajaan kepada Titah YDPA untuk mencari kaedah dan solusi kepada kestabilan politik negara demi memastikan kejayaan kerajaan dalam membawa negara keluar dari semua permasalahan yang merencatkan pelan pemulihan negara.

Pesan saya kepada mereka yang terus mahu berpolitik dan berpolimek songsang agar menghentikan segera niat dan gerakan mereka kerana rakyat tidak lagi mahu melihat atau melayan kedangkalan manusia-manusia ini dan rakyat mahu melihat ekonomi meraka segera dipulihkan dan pandemik segera ditangani.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#PolitikBaruNegara

WKI

Sumber: https://www.facebook.com/1084173880/posts/10222273797608885/?sfnsn=mo

Tags: MoUpakatan harapanpembangkangpolitikUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Tegaskan Pendirian Neutral, Tidak Pro Mana-Mana Pihak

Firdaus Wong Tegaskan Pendirian Neutral, Tidak Pro Mana-Mana Pihak

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menegaskan beliau dan rakan-rakannya tidak berpihak kepada mana-mana blok politik, sebaliknya...

UMNO Terima 1,908 Ahli Baharu Hanya Dalam Tempoh 8 Jam Pendaftaran ‘Online’ Dibuka

UMNO Terima 1,908 Ahli Baharu Hanya Dalam Tempoh 8 Jam Pendaftaran ‘Online’ Dibuka

20/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 1,908 ahli baharu UMNO telah diluluskan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd