• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Gelar Montel, Debab, Ketot, Jongang

oleh
10/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Masyarakat dinasihatkan agar tidak lagi membuat perbandingan penampilan imej kanak-kanak dengan menggelarkan mereka sebagai montel, debab, ketot atau jongang.

Panduan tersebut disarankan laman sosial kesihatan awam popular tanah air, Public Health Malaysia menerusi hantaran dan infografik yang turut tular diperkatakan kalangan wargamaya.

 Amalan itu ujarnya, mungkin menjadi sebahagian budaya masyarakat setempat, malah tidak sah kunjungan kelompok ‘mak cik’ itu tidak beri ulasan kritikan perihal fizikal kanak-kanak.

“Apa yang menyedihkan, ada dibandingkan dengan sepupu atau adik-beradik sendiri dengan budak berkulit gelap dan badan gempal jadi bahan ejekan serta gurauan,” kata laman itu.

Tidak ketinggalan ciri-ciri fizikal itu menjadi nama gelaran dan sindiran selain susun atur gigi yang rongak atau jongang serta saiz ketinggian tubuh sama ada lonjong, ketot atau bantut.

Laman itu turut menyenaraikan perbandingan lazim seperti bentuk hidung kemek atau penyek serta gelaran berat badan yang diperli comel sama ada montel, debab, tembam atau montok.

Bagi golongan pengkritik itu jelas laman tersebut, ia mungkin sesuatu yang melucukan namun pada hakikatnya ia akan memberi satu tamparan jiwa emosi kepada kanak-kanak berkenaan.

“Ini juga akan menyebabkan kanak-kanak terbabit mudah hilang keyakinan diri dan boleh mengakibatkan mereka turut berasa lebih rendah diri berbanding rakan sebaya lain,” tegasnya.

Justeru pentadbir laman tersebut menasihatkan masyarakat supaya segera menghentikan tabiat suka mengkritik penampilan fizikal kanak-kanak yang ketara apatah lagi berniat menghina.

Orang ramai juga disaran agar tidak ‘merobohkan’ perasaan keyakinan diri kanak-kanak kerana sesungguhnya nilai harga diri seseorang lebih besar daripada penampilan luaran sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tags: debabjongangkanak-kanakketotmontelpenampilan fizikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd