• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Seksi: Diana Danielle Jangan Perbodohkan Diri – Zed Zaidi

oleh AK-47
16/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA pelakon Diana Danielle kembali menghangatkan industri hiburan tempatan apabila gambarnya beraksi seksi untuk sebuah majalah mulai tersebar di media sosial dan portal hiburan, minggu ini.

Difahamkan sesi penggambaran majalah lelaki itu diadakan pada bulan lalu untuk keluaran edisi Mac 2015.

Banyak pihak kurang senang dengan tindakan pelakon bergelar ibu itu, yang dilihat tidak sopan serta melanggar batas-batas seorang wanita Muslim.

Mengulas perkara itu, Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN) Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata, setiap artis perlu lebih bijak berfikir dan tidak memperbodohkan diri sendiri dalam melakukan apa saja tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi kesan buruk terhadap industri seni tempatan.

GAMBAR: Diana Danielle ‘SEKSI GILA’ Dalam Majalah Esquire

“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalat oleh mana-mana pihak. Apa saja job yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.

“Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu. Misalnya kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?

“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk sama ada wajar atau tidak mereka menerima job tersebut.

“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.

“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi tidak baik pada industri seni,” kata Zed, sebagaimana dilaporkan portal Malaysian Digest.

Pada masa sama, Zed menyokong tindakan Diana yang tidak tampil dengan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

“Tentang apa yang sudah sudah terlepas itu, kita maafkanlah dia (Diana).

“Tapi saya bersetuju dan sokong tindakan dia berdiam diri dan tidak bagi komen apa-apa sebab begini, cakap salah tak cakap pun salah.

“Kalau dia memberi penjelasan mungkin kenyataannya itu nanti akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan jadi lebih buruk.

“Jadi, eloklah dia senyap dan biarlah perkara ini sejuk sendiri nanti,” katanya.

Hmm, ada betulnya cakap Zed tu, mungkin lepas ni kalau dapat sebarang tawaran sebegitu, seseorang artis itu perlulah berfikir sedalam-dalamnya sebelum bersetuju dengan memikirkan sebarang implikasi yang bakal dihadapi mereka.

Mungkin Diana, 24, sudah tersilap langkah tapi tak mengapalah, jika dia mahu ambil pengajaran daripada kontroversi ini.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Diana DaniellemyArtis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd