• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Kaji Penggunaan Ubat-Ubatan Lain Rawat Pesakit Covid-19

oleh
09/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk merawat pesakit Covid-19, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Hishamshah Mohd Ibrahim.

Bercakap pada sesi dialog Sidang Kemuncak Pemulihan Negara hari ini, Dr Hishamshah berkata ubat-ubatan itu akan menjadi sebahagian daripada kumpulan ubat yang kini digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 dalam kategori kritikal.

“Ia menjadi satu cabaran pada kita. Bagaimanapun Malaysia telah secara aktif terlibat dalam banyak ujian klinikal untuk rawatan Covid-19 dan telah mengambil bahagian dalam Ujian Solidariti untuk Rawatan Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kita juga sedang menggunakan Baricitinib, sejenis ubat baharu dan kita sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan lain yang mungkin akan mendapat kebenaran penggunaan di bawah Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) dalam masa terdekat, serta kita sedang berbincang mengenai perkara itu dengan pihak pengeluar,” katanya pada sidang yang diadakan secara maya itu, anjuran Institut Strategik Bagi Asia Pasifik KSI.

Sementara itu, Dr Hishamshah berkata KKM sedang meneliti kaedah untuk memudahkan golongan B40 mendapatkan kit ujian pantas antigen Covid-19.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan akan terus menyemak semula harga kit ujian kendiri itu bagi menjadikan kit tersebut mampu dimiliki semua pihak.

Minggu lepas kerajaan menetapkan harga siling kit ujian pantas antigen Covid-19 pada RM19.90 setiap set dan harga borong RM16 setiap set, berkuat kuasa 5 September lalu. – BERNAMA

Tags: KKMpesakit COVID-19Ubat-ubatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd