• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2022 Jadi Tahun Pemulihan Negara – Muhyiddin

oleh
09/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis dalam berhati-hati bahawa dengan pendekatan keseluruhan negara, 2022 akan menjadi tahun pemulihan bagi Malaysia, sejajar dengan jangkaan umum.

Beliau berkata, inisiatif ekonomi itu yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun lalu membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara.

“Dalam melaksanakan proses pemulihan, kerajaan menerusi MPN akan membina dan mengkaji bagaimana untuk mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia dan industri berkaitan bagi meningkatkan kesiapsiagaan untuk keluar daripada pandemik memasuki peringkat endemik dan bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan penularan pandemik pada masa depan.

“Kerajaan juga perlu mengenal pasti sektor ekonomi yang paling memerlukan perhatian yang perlu dibantu untuk bangkit semula dengan tumpuan kepada pelancongan, pendidikan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

“Ia juga perlu mengenal pasti dan memberi insentif kepada perniagaan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang baik dalam tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang,” katanya dalam ucapan penutup beliau pada Sidang Kemuncak Pemulihan Negara yang diadakan secara maya, hari ini.

Muhyiddin berkata, dengan mewujudkan ekosistem yang kondusif dan mampan bagi pertumbuhan inklusif termasuk strategi bagi pembangunan prasarana fizikal dan digital serta meningkatkan komitmen kepada dasar Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), akan membolehkan negara mencatatkan pemulihan yang pesat.

Beliau berkata, penggunaan pendigitalan dalam perniagaan dan perkhidmatan kerajaan dan menyediakan prasarana yang perlu akan dapat membantu mengekalkan individu yang bekerja dan perniagaan semasa tempoh pandemik.

“Akhir sekali, kita perlu memastikan pertumbuhan yang dipupuk menerusi proses pemulihan diagihkan secara sama rata, untuk mengelakkan peningkatan jurang pendapatan dan perpecahan serta perbezaan pendapat yang serius dalam masyarakat kita,” katanya.

Selain itu, jaringan keselamatan sosial juga perlu diperkukuh untuk membina semula kehidupan serta memulihkan martabat dan nilai kehidupan rakyat, katanya.

Sejak Mac 2020, kerajaan telah menyediakan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion dan perbelanjaan fiskal berani dengan memperuntukkan lebih RM80 bilion untuk membantu secara langsung kepada lebih 20 juta rakyat Malaysia dan lebih 500,000 perniagaan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu bersiap sedia untuk menjadi masyarakat kental Covid-19 kerana penyakit itu kemungkinan akan kekal sebagai endemik dalam masyarakat walaupun selepas pandemik berakhir.

“Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyediakan pelan tindakan bagi negara untuk keluar daripada pandemik dengan selamat dan bersistematik.

“Perlu juga ditekankan bahawa pelan itu adalah dinamik, fleksibel dan berupaya untuk berevolusi. Ia akan terus mengambil kira dan memberi tumpuan kepada perkembangan saintifik global,” katanya. – BERNAMA

Tags: ekonomi negaramajlis pemulihan negaraMuhyiddin Yassinpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd