• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Lebih Kukuh, Kadar Pengangguran Berkurangan

oleh
09/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedudukan ekonomi negara dijangka lebih kukuh dan kadar pengangguran akan berkurangan mulai bulan ini berikutan peningkatan kadar vaksinasi dan sekiranya lebih banyak negeri beralih keluar daripada Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, kadar pengangguran di Malaysia dijangka beransur-ansur pulih apabila lebih banyak negeri beralih ke Fasa Dua PPN, khususnya Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bermula esok.

“Peralihan fasa PPN secara berperingkat yang membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard yang ditetapkan akan memulihkan kembali aktiviti ekonomi secara beransur-ansur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pembukaan lebih banyak sektor ekonomi di Lembah Klang amat penting kerana ia menyumbang kira-kira 40 peratus kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Berdasarkan Laporan Tenaga Buruh bagi Julai 2021 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan hari ini, Mustapa berkata kadar pengangguran kekal 4.8 peratus dengan bilangan penganggur meningkat sedikit kepada 778,200 orang berbanding bulan sebelumnya.

“Pasaran buruh negara pulih secara beransur-ansur sejak awal tahun ini yang mana kadar pengangguran berkurangan kepada 4.5 peratus pada Mei 2021 daripada 4.9 peratus pada Januari 2021.

“Bagaimanapun, pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan akibat peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 mulai Jun 2021 telah menyebabkan peningkatan kadar pengangguran kepada 4.8 peratus pada Jun 2021,” katanya.

Menurutnya, kerajaan memandang serius isu peluang pekerjaan, khususnya pengangguran dalam kalangan belia serta guna tenaga tidak penuh berkaitan masa dan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran.

“Sehubungan itu, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran pada tahun ini melalui kerjasama strategik agensi kerajaan serta pemain industri,” katanya. – BERNAMA

Tags: ekonomi negaraMustapa Mohamedpandemik COVID-19Pelan Pemulihan Negarapengangguran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ikuti...

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya Kepada Ekonomi Negara

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya Kepada Ekonomi Negara

20/11/2022
0

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baru berakhir ini telah membawa ketidaktentuan kepada negara dengan parlimen yang tergantung apabila tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd