• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM, MOSTI Bangun Teknologi Perubatan Fasa Endemik Covid-19

oleh
08/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membangunkan lebih banyak teknologi perubatan ketika negara menuju fasa endemik Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata lebih banyak peranti perubatan boleh dihasilkan menerusi kerjasama tersebut termasuk bentuk baharu pengesanan kontak rapat yang boleh dilaksanakan di negara ini.

“Banyak teknologi dan peranti perubatan yang perlu dibangunkan dalam fasa-fasa akan datang, terutama apabila kita masuk fasa endemik dan KKM perlukan kerjasama daripada MOSTI,” katanya dalam sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Kesihatan, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Khairy dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kini Datuk Seri Dr Adham Baba yang bertukar portfolio menyerahkan nota serah terima tugas masing-masing, susulan pembentukan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 27 Ogos lalu.

Pada 1 September lalu, Khairy berkata Malaysia dijangka memasuki fasa endemik Covid-19 menjelang Oktober selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini divaksinasi pada Oktober ini.

Sementara itu, Khairy berkata KKM akan menyokong inisiatif menghasilkan vaksin Covid-19 pertama negara yang dipertanggungjawabkan kepada MOSTI dengan diterajui Dr Adham.

“Perdana Menteri beri tugasan berat kepada MOSTI iaitu untuk hasilkan vaksin Covid-19 iaitu vaksin pertama Malaysia untuk manusia. Ia memang penting kerana jika ada keperluan pada masa akan datang, kita tidak perlu lagi berunding dengan negara luar,” katanya.

Ismail Sabri pada 28 Ogos lalu memaklumkan MOSTI kini akan memfokus kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan vaksin Covid-19 manakala semua program berkaitan vaksinasi dan strategi kesihatan berkaitan Covid-19 hanya dikendalikan KKM. – BERNAMA

Tags: Fasa Endemik Covid-19KKMMosti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd