• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kerjasama UMNO, BERSATU Pada PRU-15

oleh
08/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – UMNO tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan BERSATU berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata perkara itu jelas kerana UMNO sudah memutuskan lebih awal dan dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada PRU kali ini.

Justeru, beliau berkata, tidak timbul soal kerjasama, persefahaman atau sebagainya membabitkan UMNO dengan BERSATU.

“Kita tiada langsung berbincang dengan BERSATU, sebab UMNO sudah memutuskan lebih awal dan dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO bahawa kita tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada pilihan raya nanti.

“Tidak ada apa-apa bentuk perbincangan mahupun persefahaman mengenai kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum dengan BERSATU,” katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, UMNO akan bertanding atas kekuatannya sendiri bagi memenangi PRU-15 sekali gus membentuk kerajaan.

Beliau berkata, parti itu tidak boleh menang dengan terpaksa bersandarkan kepada kekuatan parti lain.

Katanya, keadaan itu akan mewujudkan situasi politik seperti sekarang apabila tiada parti politik yang dominan untuk membentuk kerajaan.

“Kita mahu menang atas diri kita sendiri, bukan nak menang bersandarkan kekuatan orang lain. Jika menang, kita boleh membentuk kerajaan, bukan menang tetapi terpaksa meminta belas kasihan orang, itu tidak betul.

“Itu punca jadi seperti hari ini dan rakyat mesti faham, jika memilih dalam pilihan raya nanti, pilih dalam keadaan begini, tidak ada parti yang dominan dan negara akan terus huru hara,” katanya.

Mengulas tindakan PAS bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Mohamad berkata, pihaknya berharap parti rakan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) itu dapat membuat pendirian.

Katanya, PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU-15 termasuk pada peringkat DUN.

“Mereka (PAS) sudah menjadi anggota PN, persoalannya sekarang jika ada pertembungan antara BN dengan PN, PAS mahu sokong siapa kerana PAS adalah sebahagian daripada PN dan mereka juga jentera pilihan raya PN.

“Itu terpulang kepada PAS untuk memutuskan sama ada mahu bersama MN atau PN, tetapi jangan buat keputusan lambat selepas Parlimen dibubarkan.

“Jika mahu bersama kami, beritahu kami sekarang,” katanya.

Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, pembahagian kerusi yang diperuntukkan bagi menghadapi PRU-15 sudah dipersetujui di peringkat parti dalam BN.

“Kita perlu memperhalusi beberapa kerusi lagi kerana ada kerusi itu yang kita tewas tiga atau empat penggal. Jadi, perlu ubah suai, yang penting kita nak menang dan tubuhkan kerajaan.

“Soal calon pula, pucuk pimpinan belum menentukan siapa akan bertanding dan kawasan diwakili mereka,”katanya yang mengesahkan perbincangan itu hanya membabitkan kerusi Parlimen dan bukan DUN. – BH Online

Tags: BERSATUPilihan Raya Umum Ke-15UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd