• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulas Bicara Zahid, Mahkamah Beri Amaran Kepada Nurulhidayah

oleh
08/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berlangsung.

Amaran itu dikeluarkan Datuk Collin Lawrence Sequerah selepas Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Datuk Raja Rozela Raja Toran memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah membuat hantaran mengenai kes bapanya di Instagram.

“Mahkamah perlu memberi amaran mengenai komen seperti itu yang boleh membawa kepada sub-judice. Komen seperti itu tidak boleh dibuat semasa perbicaraan sedang berlangsung,” kata Hakim Sequerah.

Terdahulu, Raja Rozela berkata, pihak pendakwaan percaya Nurulhidayah membuat hantaran berhubung isu imuniti semalam di Instagramnya, nurul.zahid.

“Kami percaya penulisnya ialah anak perempuan Ahmad Zahid. Komen ini tidak berasas dan prejudis. Tidak adil bagi pihak pendakwaan kerana kes ini masih berjalan.

“Saya tidak diarahkan supaya memulakan prosiding menghina tetapi memadai memaklumkan orang ramai supaya supaya tidak membuat sebarang komen berhubung prosiding ini,” katanya dan menambah bahawa mahkamah perlu melarang penulis (Nurulhidayah) dan orang ramai daripada membuat sebarang komen mengenai kes itu.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid kemudiannya bangun dan memberitahu mahkamah bahawa beliau akan meminta penulis (Nurulhidayah) supaya menarik balik komen tersebut.

“Pertamanya, kami memohon maaf kepada mahkamah. Kami akan meminta penulis supaya memadam hantaran itu jika mahkamah mahu ia dikeluarkan,” kata peguam itu.

Semakan Bernama di Instagram Nurulhidayah mendapati beliau sudah memadamkan hantaran berkenaan dan memuat naik catatan baharu yang meminta maaf kepada mahkamah mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak sepatutnya berkongsi atau komen apa yang berlaku semasa prosiding. Ini tidak akan berlaku lagi,”katanya.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kesnya kini di peringkat penghujahan pihak pembelaan di akhir kes pendakwaan. – BERNAMA

Tags: Nurulhidayahyayasan akalbudiZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd