• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAMB, SAINS Meterai Perjanjian Tambahan Bekalan Air Terawat

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan pemeteraian perjanjian tambahan antara Melaka dan Negeri Sembilan berhubung pembekalan air terawat bagi membantu mengatasi masalah kekurangan air bersih di Negeri Sembilan.

Perjanjian itu ditandatangani Ketua Pengarah Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Datuk Ir Mohd Khalid Nasir dan Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Wan Rasdi Wan Ismail.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian itu, Idris berkata dalam perjanjian itu, kerajaan Melaka akan membekalkan kira-kira 1.1 juta gelen air terawat sehari melalui Tampin dan Batang Melaka untuk kegunaan 5,100 pengguna di Negeri Sembilan.

“Dalam perjanjian ini, kedua-dua pihak bersetuju bahawa kadar bayaran yang dipersetujui ialah RM1.40 bagi satu meter padu, dan tempoh bekalan air terawat kepada Negeri Sembilan bermula 1 Mac ini sehingga 1 Jun,” katanya.

Tambahnya, Melaka menghantar bekalan air tersebut berikutan negeri itu mempunyai lebihan air bersih dan tidak menghadapi risiko ketiadaan bekalan.

Katanya, bekalan air terawat akan dibekalkan melalui Loji Gadek yang mana air mentah dibekalkan daripada Empangan Jus.

“Bekalan Air terawat dari Daerah Tampin bergantung kepada paras minimum Kolah Bukit Tiga (Bekalan ke Tampin) iaitu 4.0 meter. Sekiranya paras ini mencecah di bawah 4.0 meter, maka bekalan itu akan dihentikan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Idris berkata pembekalan ini bergantung kepada arahan dan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memandangkan proses ini melibatkan pembekalan air antara negeri.

Pada masa sama, beliau berkata Melaka masih menerima bekalan air mentah dari Johor yang mencecah 35 juta gelen air sehari.

“Perlu saya maklumkan di sini, air dari Johor adalah air mentah manakala air yang disalurkan ke Negeri Sembilan adalah air terawat.

“Tiada titik penyambungan antara air mentah yang kita terima dari Johor dan air terawat yang disalurkan ke Negeri Sembilan,” katanya.

Pada 25 Feb lalu, Idris memaklumkan Melaka bersedia membantu Negeri Sembilan menangani masalah kekurangan bekalan air bersih di dua daerah iaitu di Tampin dan Rembau.

Melaka pernah memohon bantuan Negeri Sembilan semasa menghadapi krisis air pada tahun 1991 dan bersedia membantu negeri itu yang kini mengalami masalah yang sama.

Terdahulu, Najib mempengerusikan Mesyuarat ke-123 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, bagi menyelaras pentadbiran antara negeri dan membincangkan isu-isu berbangkit.

Selain Idris and Mohamad Hasan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, antara yang hadir pada mesyuarat yang bermula 10 pagi itu. – BERNAMA

Tags: bekalan airNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd