• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Terhadap Caprice, Nadir Sudah Lengkap

oleh
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sudah lengkap dan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan sudah lengkap dan dirujuk kepada IPK Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis sudah selesai mengambil keterangan semua pihak berhubung dakwaan berkenaan dan siasatan sudah lengkap,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pada 2 September lalu, polis mengambil keterangan Muhammad Nadir dan Caprice berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin pada Julai lalu.

Kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi emel.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza. – myMetro Online

Tags: CapriceEbit Lewmisi kemanusiaanMuhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzamansemenanjung gaza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

17/07/2026
0

SEREMBAN - Satu rakaman video seorang peniaga wanita menyebut 'One Malaysia' ketika ditemuramah oleh Caprice tular di media sosial. Menerusi...

“Orang Benci PMX, Tapi Pelabur Asing Amat Yakin” – Lokman Adam

“Orang Benci PMX, Tapi Pelabur Asing Amat Yakin” – Lokman Adam

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelabur asing mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Malaysia, tetapi malangnya terdapat rakyat Malaysia membenci Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd