• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPLB Salur RM38 Juta Baiki Infrastruktur

oleh
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyalurkan peruntukan tambahan RM38 juta bagi memperbaiki rumah dan infrastruktur yang rosak akibat bencana kepala air di Yan dan Merbok, bulan lalu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya memahami kesukaran dialami penduduk yang terjejas akibat kejadian itu yang mengorbankan enam nyawa.

Jelasnya, tinjauan dilakukan KPLB mendapati terdapat keperluan peruntukan tambahan bagi membolehkan infrastruktur yang rosak dibaiki segera bagi membolehkan penduduk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Selepas meninjau keadaan semasa selepas bencana itu, kita memutuskan menambah peruntukan segera berjumlah keseluruhan RM38 juta dengan kos terbesar adalah bagi menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Tupah membabitkan kos RM35 juta.

“Selain itu, RM1 juta adalah bagi bagi baik pulih rumah rosak dan pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), RM355,000 bagi kerja baik pulih jalan kampung, RM500,000 bagi program ameniti sosial termasuk pembinaan jambatan.

“Bagi memulihkan bekalan air alternatif sejumlah RM1 juta diperuntuk manakala bagi membaiki empat Tadika KEMAS adalah berjumlah RM145,000,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu Mahdzir melakukan tinjauan pelaksanaan projek di bawah KPLB susulan kejadian bencana kepala air dan banjir yang melanda Yan dan Merbok pada 18 Ogos lalu.

Pada kunjungan itu, beliau turut mengunjungi rumah penduduk yang terjejas dan melawat lokasi jambatan rosak akibat dihempas kepala air di Kampung Setol.

Yang turut hadir EXCO Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Siti Aishah Ghazali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, kerja pembaikan rumah dilakukan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) manakala kerja pembinaan jambatan dijangka mengambil sedikit masa kerana membabitkan kerja rekaan.

“Kita kenal pasti terdapat 35 rumah yang rosak teruk kerana terletak berdekatan sungai dan kerja pembaikan sedang giat dilakukan, malah ada yang sudah hampir siap.

“Bagi kerja membaiki empat Tadika KEMAS yang terjejas, kita hargai usaha ibu bapa yang membantu membersihkan bangunan kelas dan bagi aspek lain kita akan pastikan sehingga siap semuanya,” katanya.

Mengulas proses vaksinasi COVID-19 dalam kalangan guru Tadika KEMAS, beliau menjelaskan 10,857 daripada 12,619 tenaga pendidik sudah lengkap atau sekurang-kurangnya menerima satu dos suntikan manakala 1,762 lagi dijangka menerima suntikan dalam tempoh terdekat. – BH Online

Tags: bencana kepala airKementerian Pembangunan Luar BandarMerbokYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Yang di-Pertuan Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

Yang di-Pertuan Agong Kurnia 100 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan Ibadah Korban Sunat peribadi bersempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd