• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Inisiatif Tingkatkan Penerimaan Vaksin

oleh AK-47
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Foodpanda Malaysia telah mengumumkan inisiatif mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang vaksin dan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin.

Antara aktiviti yang sedang dijalankan oleh foodpanda dalam menggalakkan pengambilan vaksin termasuklah menyediakan pakej penjagaan serta makanan bagi para sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Setia City, KLCC, Axiata Arena, Persada Johor, dan Spice Arena Penang.

“Sebagai salah satu platform penghantaran utama di Malaysia, kami percaya bahawa ianya amat penting untuk kami memainkan peranan dalam memastikan persekitaran yang selamat kepada semua, termasuklah para pengguna, rakan niaga serta rakan penghantar,” kata Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das.

Beliau menambah, melalui kerjasama ini yang dijalin dengan pihak kerajaan, foodpanda mensasarkan untuk meningkatkan kesedaran dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap kepentingan mendapatkan vaksin menjelang Disember selari dengan matlamat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sebagai tambahan kepada inisiatif yang disenaraikan, foodpanda juga akan membuat hebahan tentang usaha tersebut melalui saluran media sosial rasmi serta emel (EDM) kepada para rakan niaga dengan tawaran hidangan sesuai selepas vaksinasi.

Selain itu, aplikasi aplikasi foodpanda akan menampilkan karusel khas yang mengandungi tawaran untuk mereka yang mendapat vaksin.

Terakhir, platform penghantaran tersebut juga bekerjasama dengan selebriti media sosial atau Influencers untuk menyebarkan kesedaran tersebut. Setakat 23 Ogos, 31.8 juta dos telah diberikan dan 40.8% daripada jumlah populasi telah melengkapkan kedua-dua dos.

Tags: bisnesfoodpanda malaysiavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peroleh Kontrak RM100 Juta Untuk Loji Tenaga Suria 50MWac

Peroleh Kontrak RM100 Juta Untuk Loji Tenaga Suria 50MWac

22/01/2024
0

PETALING JAYA – Samaiden Group Berhad (Samaiden) mengumumkan Samaiden Sdn Bhd (SSB), anak syarikat milik penuh Samaiden, dengan ahli konsortiumnya...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd