• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selesai Ambil Keterangan Caprice Dan Nadir

oleh
02/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis selesai mengambil keterangan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice berhubung misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, pada Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kedua-dua individu itu selesai diambil keterangan menerusi e-mel.

“Kita sudah menghantar soalan-soalan yang perlu dijawab kepada mereka pada 29 Ogos lalu sebelum mereka selesai menjawab semua soalan diberikan oleh pegawai penyiasat yang menyiasat kes ini.

“Kita kemudian menerima e-mel balas bersama jawapan dari kedua-dua individu berkenaan, baru-baru ini,”katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan kedua-dua individu berkenaan kepada polis.

“Ketika ini, kami dalam proses untuk melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan. Sebaik kertas siasatan dilengkapkan, ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 22 Julai lalu, pendakwah, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu dipetik menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau. – myMetro Online

Tags: CapriceEbit LewMuhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzamanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

Mak Cik ‘One Malaysia’ Sekolahkan Caprice

17/07/2026
0

SEREMBAN - Satu rakaman video seorang peniaga wanita menyebut 'One Malaysia' ketika ditemuramah oleh Caprice tular di media sosial. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd