• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Belum Putuskan Isu Vaksinasi Untuk Kanak-Kanak

oleh
02/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia belum membuat sebarang ketetapan mengenai vaksinasi Covid-19 terhadap kanak-kanak berumur 12 tahun, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Tiada sebarang kelulusan untuk vaksinasi pediatrik di Malaysia mahupun di mana-mana tempat ketika ini. Ia masih dalam kajian oleh agensi pengawalseliaan sama ada badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) mahupun Pihak Berkuasa Kawalan Kesihatan Kebangsaan (NHRA).

“Sebaik sahaja kita ada cukup data untuk menyokong bahawa adalah selamat untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak, barulah kita akan bawa ia kepada jawatankuasa vaksin untuk pertimbangan dan membuat keputusan mengenainya,” katanya pada persidangan media mengenai perkembangan terkini Covid-19 di sini pada Rabu.

Menurutnya, pengeluar vaksin Pfizer-BioNTech, sedang dalam proses menampilkan vaksin Covid-19 khusus buat kanak-kanak dan vaksin itu mempunyai dos yang berbeza daripada dos untuk dewasa.

Beliau berkata, dengan ketiadaan vaksinasi yang diluluskan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke bawah, langkah vaksinasi orang dewasa di sekolah-sekolah akan menjadi cara terbaik untuk memastikan anak-anak yang belum diberi vaksin terselamat.

Khairy berkata, Kementerian Kesihatan mungkin akan menimbangkan keperluan mewajibkan vaksinasi Covid-19 dalam usaha menangani masalah berkaitan antivaksin, sambil menambah bahawa beliau juga hampir mencadangkan supaya semua anggota kabinet diwajibkan mengambil vaksin.

Bagaimanapun katanya, buat waktu ini kerajaan tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin oleh orang ramai.

“Saya belum sampai ke tahap saya akan mengesyorkan supaya seluruh anggota kabinet diwajibkan untuk menjalani vaksinasi,” katanya.

Khairy berkata, satu dasar baharu mengenai ujian Covid-19 akan dilaksanakan tidak lama lagi khusus bagi mereka yang menolak untuk mendapatkan vaksin, yang bukan disebabkan faktor perubatan.

Beliau berkata, di bawah dasar ini, seseorang perlu melakukan ujian diri dengan alat ujian Covid-19 secara berkala untuk memastikan mereka bebas dari virus.

“Sebaik sahaja kita masuk ke fasa endemik, sama ada anda telah divaksin atau tidak, anda perlu menjalani ujian kendiri dengan kerap.

“Bagi mereka yang yang enggan divaksin, mereka perlu mempunyai jadual tertentu ujian yang perlu dipatuhi. Sama ada ia menggunakan kit ujian segera dan sekiranya ia (keputusan) positif, akan disahkan oleh ujian PCR,”katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata, kerajaan dalam mesyuarat kabinet hari ini telah bersetuju menetapkan harga siling bagi alat ujian diri Covid-19.

Beliau berkata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan membuat pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi.

Menurutnya, ketika ini terdapat 11 jenama alat ujian diri Covid-19 yang telah mendapat kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan untuk kegunaan awam. – BERNAMA

Tags: FDAkanak-kanakKKMNHRAvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd