• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Suspek Lakukan Ugutan Melalui Khidmat Kurier

oleh
02/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang suspek yang melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita untuk menyimbah asid dan membakar rumahnya melalui nota di dalam bungkusan kurier yang dikirimkan ke sebuah alamat di Kampung Saim, Klang dekat sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie, berkata suspek turut mengugut untuk mencederakan mangsa, keluarga serta kawan-kawan mangsa selain mengirim objek berbentuk tangan dengan kesan cecair merah bersama-sama bungkusan itu yang diterima kira-kira 6.30 petang.

Beliau berkata mangsa berusia 29 tahun membuat laporan polis pada jam 7.30 petang hari sama. 

Katanya, pengadu yang bekerja sebagai jurujual di kedai emas itu juga mendakwa dia turut menerima mesej berbaur lucah dan ugutan menerusi aplikasi WhatsApp dari nombor tidak dikenali, pada keesokan harinya.

“Pihak polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan memanggil pengadu untuk dirakamkan keterangan serta sedang mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon bimbit yang terbabit.

“Orang ramai diminta menghentikan perbuatan tidak bermoral serta menyalahi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BH Online

Tags: bakar rumahbungkusan kuriersimbah asidugutan jenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Ditahan, Bakar Rumah Hingga Ibu Melecur

Lelaki Ditahan, Bakar Rumah Hingga Ibu Melecur

29/10/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki dipercayai membakar rumah milik keluarganya di Kampung Seberang Kuak Hulu, Pengkalan Hulu awal pagi tadi....

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

Suspek Mungkin Orang Upahan – Suami Mangsa Simbah Asid

19/05/2025
0

BACHOK: Suami pengusaha spa yang disimbah cecair dipercayai asid tidak menolak kemungkinan suspek yang melakukan perbuatan itu diupah pihak tertentu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd