• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya Pagi Ini

oleh
02/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua 463 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan oleh henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sudah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada 6 pagi tadi.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan di Facebook (FB) rasminya.

Menerusi hantaran itu, Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

“Bekalan air di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Langat Pulih Sepenuhnya,” katanya.

Air Selangor juga menyarankan pengguna mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor.

“Maklumat terkini boleh didapati di semua aplikasi iaitu Twitter, FB, Instagram dan laman web  www.airselangor.com.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atauP usat Khidmat Bantuan (Help Centre) di aplikasi Air Selangor.”

Terdahulu, LRA Sungai Semenyih dihenti tugas susulan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada Isnin lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Basri berkata, pencemaran bau itu dikesan jam 11.10 pagi hari berkenaan.

Sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ia meliputi Petaling sebanyak 172 kawasan, Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

Sepanjang tempoh itu, Air Selangor berusaha memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna terjejas menerusi platform digital rasmi dan laman web rasmi. – myMetro Online

Tags: air selangorGangguan Bekalan AirLRA Sungai Semenyih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd