• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Ketuai Angkat Sumpah Barisan Kabinet Baru

oleh
30/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini bermula jam 2.30 petang hari ini.

Mengikut jadual seramai 38 timbalan menteri mengangkat sumpah, namun Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan mengesahkan tidak dapat hadir kerana dijangkiti Covid-19.

Istiadat yang berlangsung di Balairung Seri itu juga tidak dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan perlu menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dimulakan dengan mengurniakan kepada tujuh menteri iaitu Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kanan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan, Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan Murugan.

Seterusnya Mohamed Azmin mengetuai kumpulan pertama tujuh menteri itu melafazkan setia dan sumpah simpan rahsia di hadapan Agong.

Kemudian mereka menandatangani dokumen surat sumpah disaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. – BERNAMA

Tags: angkat sumpahIstana NegaraMenteritimbalan menteriYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan Dave Williams, Cucu Pencipta Bersama ‘The Flintstones’

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan Dave Williams, Cucu Pencipta Bersama ‘The Flintstones’

01/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan Dave Williams, yang merupakan cucu kepada William Hanna, pencipta...

PM Anwar Menghadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor

PM Anwar Menghadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor

24/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd