• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istana Negara Ulangi Pendirian Kenyataan 18 Ogos

oleh
20/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Istana Negara hari ini mengumumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama, Selasa lalu.

Menerusi laman Facebook, Istana Negara mengulangi pendirian kenyataan media pada 18 Ogos lepas setelah menerima menghadap ketua-ketua dan wakil-wakil parti politik utama sebelum melantik Perdana Menteri kesembilan.

“Dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah disembah silakan turut berangkat hadir semasa sesi menghadap ini atas kapasiti sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Turut hadir pada sesi menghadap ini, Ketua Setiausaha Negara, Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut menulis nota supaya merujuk kenyataan media, bertarikh 18 Ogos 2021, untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu ahli-ahli Dewan Rakyat saling bantu satu sama lain.

“Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama untuk ahli Dewan Rakyat yang menang seharusnya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang tidak berjaya. 

“Semua pihak sepatutnya bersedia untuk bekerja dalam satu pasukan. Dalam erti kata lain, yang menang tidak menang semua dan yang kalah pula tidak kalah semua,” ujarnya.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan kepada semua parti politik untuk mengangkat perpaduan dalam kalangan ahli Dewan Rakyat untuk memberi fokus kepada pentadbiran negara.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama dalam negara di Istana Negara.

Hal itu adalah susulan peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia selepas gagal mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat selepas 17 bulan Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara. – UTUSAN ONLINE

Tags: Istana Negaraparti politikPerdana MenteriYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd