• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggali Kubur Terima Anugerah Tokoh Frontliner Khas

oleh
12/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak, Roslee Ali, 63, dianugerahkan sebagai Tokoh Frontliner Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.

Pemilihan Roslee dibuat atas sumbangan beliau dalam pengebumian jenazah Covid-19 sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Anugerah Tokoh Frontliner ini adalah kategori baharu diperkenalkan tahun ini dan anugerah diberikan kepada Roslee itu atas sumbangan dan jasa bakti beliau sejak terbabit dalam kerjaya diceburinya bermula 2011.

Menurutnya, mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Mejar Jeneral (B) Datuk Kamarudin Mamat dianugerahkan Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.

Katanya, selain Tokoh Utama Ma’al Hijrah JAWI turut mengadakan empat anugerah lain terdiri dari dua kategori petugas barisan hadapan (frontliner), korporat, mualaf dan pendakwah kreatif bagi menerima Anugerah Khas Ma’al hijrah 1443H/2021M.

“Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021M memuktamadkan pemilihan pemenang pada 26 Julai lalu dengan mengambil kira sumbangan individu terbabit dalam bidang masing-masing ke arah memperkukuhkan syiar dan syariat Islam di negara ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pemenang dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti daya kepimpinan dan teladan, sumbangan kepada masyarakat, sumbangan kepada organisasi dan sumbangan kepada peringkat negeri.

Menurutnya, kesemua pemenang anugerah menerima hadiah wang tunai, sijil dan plak.

Senarai pemenang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri secara langsung menerusi rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah dan Facebook rasmi Jawi hari ini.

Mohd Ajib berkata, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Labuan, Dr Ismuni Bohari dianugerahkan Tokoh Frontliner 1 dan Roslee penerima Anugerah Frontliner ke dua.

Katanya, bagi penerima Tokoh Korporat dianugerahkan kepada usahawan yang juga Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Ramly Mokni.

“Tokoh Pendakwah Kreatif dianugerahkan kepada pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya dan Tokoh Mualaf, Pembantu Mubaliligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Nur Maisarah Leong Yoke Keen,” katanya. – myMetro Online

Tags: jenazah Covid-19penggali kuburTokoh Frontliner Khas Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd