• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hartal Doktor Kontrak Kali Kedua Jika Tak Selesai Sebelum Belanjawan

oleh
30/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberi masa kepada kerajaan untuk tampil dengan perancangan berhubung pelantikan mereka secara tetap sebelum Belanjawan 2022 dibentangkan Oktober ini.

Jurucakapnya, Dr. Mustapha Kamal A. Aziz berkata, kegagalan kerajaan berbuat demikian dijangka mengundang hartal atau mogok kali kedua.

Menurutnya, tempoh masa diberikan itu sebagai ruang untuk kerajaan membentang dan membahaskannya di Parlimen selain bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri berbincang dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berhubung isu tersebut.

“Pun begitu, bagaimana mogok ini akan dijalankan adalah bergantung dengan keadaan semasa termasuk pandemik Covid-19 dan situasi dalam kerajaan.

“Kami benarkan kerajaan berbincang di Parlimen tentang isu ini dahulu. Kami akan benarkan perkara ini dibentangkan sebelum belanjawan nanti dan tampil dengan perancangan,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menerangkan perancangan gerakan seterusnya berkenaan selepas menjalankan Hartal Doktor Kontrak 1.0 pada 26 Julai lalu.

Kira-kira 4,000 doktor kontrak di seluruh negara Isnin lalu melakukan mogok secara aman di lokasi mereka bertugas walaupun berisiko dikenakan tindakan tatatertib atau undang-undang.

Mogok membabitkan 30 hingga 100 doktor kontrak di setiap hospital kerajaan itu berlangsung dalam tempoh 15 hingga 30 jam dengan masing-masing membawa plakad dan ada yang berpakaian serba hitam bermula serentak pada pukul 11 pagi.

Baru-baru ini, Pejabat Perdana Menteri menawarkan penambahbaikan faedah-faedah pegawai perubatan kontrak seperti kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan cuti belajar bergaji penuh serta tajaan pengajian setara dengan cuti belajar bergaji penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas mereka yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama bagi memastikan doktor kontrak melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.

Bagaimanapun, penambahbaikan faedah-faedah tersebut tidak mendapat maklum balas positif dalam kalangan doktor kontrak yang dilihat tidak bersifat jangka panjang sekaligus menuntut mereka untuk meneruskan mogok kali pertama.

Untuk rekod, seramai lebih 23,000 doktor kontrak direkrut sejak sistem kontrak dilaksanakan kerajaan pada 2016. – UTUSAN ONLINE

Tags: Belanjawan 2022gerakan hartal doktor kontrak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Catat Prestasi Pelaburan RM 5.2 Bilion

10/12/2021
0

IPOH: Perak merekodkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak RM5.2 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Menteri Besar...

DUN Negeri Sembilan Lulus Belanjawan 2022

01/12/2021
0

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2022 bagi membolehkan pentadbiran dan agenda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd