• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Pakej Rangsangan Bernilai RM530 Bilion Diumumkan

oleh
29/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion diumumkan kerajaan sejak wabak Covid-19 melanda negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata tahun lalu saja, pakej yang dilaksanakan bernilai RM305 bilion atau 22.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya ia adalah antara kadar terbesar berbanding pakej rangsangan negara lain seperti Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Menurutnya agenda utama kerajaan sejak awal penularan wabak Covid-19 adalah untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin.

“Sehubungan itu, ia mesti disokong melalui sistem kesihatan awam yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang ancaman kesihatan, berada pada kapasiti optimum dan berfungsi pada tahap yang terbaik.

“Untuk itu, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, selaku institusi yang menerajui segenap aspek berkaitan kesihatan awam dibekalkan peruntukan khas lebih RM3.7 bilion khusus sebagai perbelanjaan berkaitan pandemik Covid-19, tidak termasuk perolehan vaksin.

“Antaranya di bawah pakej Prihatin sebanyak RM1.6 bilion diperuntukkan, di bawah Belanjawan 2021 sebanyak RM1.4 bilion, manakala peruntukan tambahan lebih RM500 juta ringgit dibuat bawah pakej Pemerkasa Tambahan. Malah, kerajaan persekutuan juga menyalurkan peruntukan khas kepada semua negeri bagi menangani wabak Covid-19 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM260 juta,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memperkasa usaha di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan kejayaan proses vaksinasi seperti mana ketika ini.

Menurutnya, kerajaan menyasarkan imunisasi 100 peratus populasi dewasa menjelang akhir Oktober nanti.

“Inilah sasaran terpenting dalam memastikan kejayaan pelan pemulihan negara,” katanya. – myMetro Online

Tags: pakej bantuanpakej rangsangan ekonomisidang khas parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Sahkan Dana RM600 Bilion Diurus Secara Telus

Tengku Zafrul Sahkan Dana RM600 Bilion Diurus Secara Telus

05/01/2023
1

SHAH ALAM - Penggunaan dana kecemasan bagi membiayai beberapa pakej rangsangan ekonomi ketika negara berdepan pandemik Covid-19 sejak 2020 lalu...

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

06/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Pakatan Harapan (PH) mengusulkan supaya sidang Parlimen khas bagi membincangkan isu harga barang dan kos sara hidup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd